17 November 2013

Pengenalan Tujuan Blog Ini DiHasilkan =)

Assalammualaikum wbt ...

Haloo semua..disini Admin a.k.a AbgLuL ingin beterima kasih kepada semua yang sudi membaca, menulis ataupun yang telah Follow blog yg tak seberapa ne.. tujuan blog ini dibuat bertujuan untuk menjalankan perniagaan secara ONLINE ini kerana pasaran Online amat luas dan sangat berdaya saing.. dengan adanya Blog, Page di Facebook serta banyak cara lagi ini dapat memajukan lagi perniagaan admin dan akan setaraf dengan peniaga online lain yang sudah mempunyai pendapatan yang stabil.. selain itu, dengan adanya perniagaan online ne admin dapat menambah pendapatan sampingan dan tidak hanya mengharapkan duit saku daripada keluarga... ini kerana admin masih lagi menyambung/meneruskan pelajaran di POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH dan sekarang sudah berada di SEMESTER 6(sem akhir).

Banyak kebaikan yang kita dapat jika berbelanja secara online ne... antaranya :

KELEBIHAN: 
- Anda boleh mencari apa yang anda inginkan sama ada barangan tempatan ataupun luar negara. Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam barangan tersebut.
- Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anda boleh melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa dan di mana sahaja dengan adanya internet.
- Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yang berkaitan. Kedai online biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah menggalakan.

Dalam Kebaikan ada Keburukannya jika berbelanja secara online antaranya adalah :

 KEBURUKAN:
- Anda biasanya perlu menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Kadang-kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika dihantar dari luar negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan. Ini biasanya berlaku apabila anda membeli di blog atau website yang mempunyai syarikat yang besar ataupun syarikat diluar negara.  Oleh itu, beli barang yang anda inginkan di Website atau Blog yang menjalankan perniagaan di dalam negara sebaik-baiknya yang beroperasi di kawasan berdekatan dengan anda.
- Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.  Selain itu,  perkhidmatan penghantaran barang yang ada pada masa kini kebanyakannya melakukan kerja secara sambil lewa.  banyak laporan yang telah dikemukakan seperti barang rosak atau pun hilang.  Anda boleh mengatasi masalah ini dengan membeli Insurance bagi barang itu dengan cara ini anda akan lebih yakin dan rasa barang anda selamat semasa penghantaran yang dilakukan.
- Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak secantik atau sebaik yang kita inginkan.  Cara penyelesaiannya adalah, sebelum anda ingin membeli barangan yang dijual dalam blog atau website tersebut ringan-ringankan la tangan dan luaskan pemandangan anda untuk membuat Research bagi website/blog itu.  Testimoni juga perlu anda lihat bagi meyakinkan lagi bahawanya website itu bukanlah Scammer a.k.a Penipu.
- Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar privasi pada laman web untuk melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya. 
Pesanan Admin :-
'Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga' jangan mempersalahkan semua peniaga online jika anda pernah ditipu.  Sebab bukan semua peniaga online ingin makan duit HARAM ataupun tidak JUJUR. Ada yang JUJUR dan betul-betul Komited  ingin berjaya dalam perniagaan online ini.  SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment